Selasa, 6 Mac 2012

Ahlan wa sahlan



Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

Ahad, 13 Februari 2011

10 TANDA HATI TELAH MATI...

MENURUT SYEIKH IBRAHIM ADHAM,ANTARA SEBAB ATAU TANDA HATI TELAH MATI IALAH :

1.Kamu mengaku kenal Allah S.W.T, tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.

2.Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.

3.Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4.Kamu memakan nikmat-nikmat Allah,tetapi kamu tidak mensyukurinya atas pemberiannya.

5.Kamu mengaku syaitan itu musuh,tetapi kamu mengikutnya.

6.Kamu mengaku adanya nikmat syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

7.Kamu mengaku adanya seksa neraka,tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhkannya.

8.Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa,tetapi kamu masih tidak bersedia untuknya.

9.Kamu menyibukkan diri membuka keabaiban orang lain,tetapi kamu lupa keabaiban diri sendiri.

10.Kamu menghantar,menguburkan jenazah,tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Ahad, 27 April 2008

Ahlan Wa Sahlan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat Datang ke laman blog Koleksi Kelurga kami.